Wednesday, March 11, 2015

MASA


Hidup berkeluarga dan belajar bukan mudah seperti yang disangkakan. Mungkin pada mata kasar orang lain nampak banyak rilek dan banyak masa terluang. Namun bagi saya, setelah bergelar isteri, ibu dan juga pelajar, masa yang ditempuh sehari-harian sangat tidak mencukupi. Keadaan ini mungkin disebabkan saya tidak pandai membahagikan masa atau saya suka menangguhkan kerja. Oleh itu pengurusan masa adalah sangat penting dalam hidup kita agar tidak berlaku pembaziran masa. Harus diingat pembaziran merupakan sifat syaitan. Nauzhubillahiminzalik. Moga kita dijauhkan daripada sifat ini.

Bagaimana mahu menguruskan masa dengan baik?

1. Senaraikan kerja atau perkara yang perlu kita lakukan setiap hari.
2. Bahagikan mengikut waktu yang sesuai dengan perkara tersebut. Dahulukan yang penting. Dinasihat untuk membuat senarai bertulis agar tiada penangguhan berlaku.
3. Mulakan sekarang.

Sebagai orang Islam, solat merupakan perkara penting yang harus dikerjakan. Dan setiap solat mempunyai masa-masa tertentu yang telah ditetapkan. Jika difikirkan secara logik akal kenapa Allah tetapkan waktu solat, perkara pertama yang berlegar diminda ialah Allah mahu  mengingatkan kita bahawa waktu itu berjalan. Ada malam, ada siang. Dan waktu tidak pernah berhenti walau sesaat.

Allah s.w.t telah mengajar kita daripada rutin solat supaya tidak menangguhkan kerja. Antaranya:

1. Solat sangat utama dikerjakan pada awal waktu.
2. Solat hendaklah dilakukan walau dalam keadaan sukar sekalipun sakit, cedera, tiada air wuduk, ketika musafir, dalam peperangan dan sebanyai.
3. Jika tidak dapat dikerjakan pada awal waktu kerana sesuatu keuzuran, jangan sampai luput waktu.
4. Kalau sudah luput waktu juga, hendaklah dikerjakan solat yang terhutang dahulu sebelum dikerjakan solat baru.

Melihat kepada pentingnya solat, begitu juga masa yang kita lalui. Jika solat kita abai, begitu juga dengan masa yang kita bazirkan.

Melaksanakan kerja tepat pada waktunya melatih kita diri kita untuk lebih berdisiplin. Begitu dengan melaksanakan solat tepat pada waktunya. Lawanlah segala godaan nafsu yang sentiasa menyebabkan kita lalai. Ucapkanlah selamat tinggal kepada amalan termenung, angan-angan kosong dan kepanasan tempat tidur. Semoga kita menjadi muslam yang produktif.

Akhir sekali, semoga kita sama sentiasa muhasabah dan mengamalkan nilai-nilai Islam. amin.

Friday, March 6, 2015

Hamba MU

Hamba Mu
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

HambaMu Allah

(tak silap penyanyi nasyid ni Mawi kot. Bait-bait lirik nasyid ni sangat memberi insprirasi untuk menjadi hamba Allah yang memenuhi fungsi terciptanya manusia didunia. InsyaAllah.)

Thursday, February 26, 2015

My new blog

Assalamualikum...
Blog kedua saya dilahirkan di alam maya....oleh sebab blog pertama dulu telah tertimbus,jadi blog ini dilahirkan..cari pun dah tak jumpa...
Konsep blog pertama lebih kepada peribadi,jadi untuk konsep blog kedua ini lebih kepada pelbagai...semoga dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan para pembaca...
Sekian...

My mikhail